Monday, May 4, 2015

MEREKA INSAN ISTIMEWA.....


3 Tahun lepas...tempat ini yang sy bawa student sy mengenal erti syukur..



Tatkala kaki melangkah turun dari bas...mereka bersorak gembira menanti ketibaan kami...
Hati semakin gementar bila ada diantara mereka mula menarik baju kami...
Pelajar sy ada yang mula menjerit ketakutan..
Keadaan semakin meruncing bila seorang pelajar sy dikejar salah seorang dari mereka..

JANGAN BUAT MCM TU!!!!!!!!!
Salah seorang penjaga disitu mula bersuara...
Suasan hiruk pikuk dengan jeritan pelajar2 mula reda...
Langkah kami percepatkan supaya segera bertemu dengan tuan rumah.


Selamat datang ke pusat penjagaan kanak2 terencat akal Kuantan...



Mata kami meliar meneroka seluruh isi rumah...
Ada yang terbaring di lantai...
Ada yang dduk terperosok di kerusi tak gerak2...
Ada yang menangis merayu2 sambil tangan dan kaki terikat di kerusi...
Hati mula terdetik...Nape diorang buat sampai mcm ni?????
Sebak bila melihat keadan mereka..
Macam kena di dera!!!!

Penjaga rumah...seperti mengetahui apa yg ada dlm kotak pemikiran kami...
"Mereka ni terpaksa diikat sebab ada yang pernah mencederakan diri dan orang sekeliling...
"Jadi kami buat ni untuk menjaga keselamatan mereka & juga penghuni yang lain.
"Ooooo....Kami mengangguk tanda faham...perasaan sayu mula terbit bila melihat mereka...
Aktiviti pada pagi ini adalah minum pagi & melukis...

OKAY! Sy bersuara..
Masing2 tau apa yang nak buat kan???
Mereka mengangguk tanda faham..
Ya Puan!!

Pelajar seramai 30 orang mula bergerak ketempat masing2...
Mereka yang bertugas didapur mula bertindak melenyek buah strawberry utk dijadikan jem.






Ada yang mencairkan compound coklat untuk dibuat coklat bar perlbagai bentuk.
Manakala diluar rumah, masing2 mula mendekati mereka yang istimewa ini..Duduk bersama, melukis bersama & berlawak jenaka...
Alhamdulillah...
Pelajar mula kelihatan bersungguh2 & seronok melayan keletah mereka!! :)

Sy pula medekati penjaga rumah...
"Tak semua boleh berjalan & bebas...
"Beliau memulakan bicara..
"Yang berisiko & berbahaya terpaksa kami ikat...
"Yang kat luar tu boleh diharap untuk uruskan diri & makan sendiri..
"Sy hanya mengangguk kecil...
"Yang dalam rumah ni..mereka kami perlu uruskan..mkn pn perlu disuap..
"Ada diantara mereka yang ibu bapa hantar dan ambil di waktu petang @hujung minggu...
"Ada juga yang hantar tapi.....
Tapi apa kak???
"Ada yang tak datang2 balik...
"Sy tersentap mendengar kata2 wanita itu...






Suasana mula bertambah meriah bila aktiviti sukaneka dijalankan!!
Wah!!! Weiiiii!!!! 
Kerusi Ajaib! Belon Air! Tiup gula2 dlm tepung & Sorong Papan Tarik Papan!
Habis sukaneka.....
Sesi penyerahan cendera mata & last sekali ambil gambar kenang-kenangan.
Masing2 berpelukan....



Hati mula sayu bila bas mula meninggalkan perkarangan Rumah...
Kami melambai2 sambil berkata, "Kami akan datang lagi!!!!! Bye!!!!


Hari ni...sy menjejakkan kaki kesini lagi...
Perasaan sayu & sebak mula menjengah,
Cepat2 sy serahkan bungkusan kepada pekerja disitu...
Saya ada nk bagi kuih...sy berkata sambil mengukir senyuman...
Kuih apa kak?
Mango cheese tart... Harap diorang boleh mkn...
Mai sini!!! Ni kakak ada bg kuih!!!
Mereka terus menyerbu pada bungkusan yg sy beri..
Entah kenapa...pagi tu...hati sy berasa tenang & lapang...
Meninggalkan tempat itu membawa sy & pelajar satu pengajaran yang besar.

Bersyukur....bersyukur & bersyukur....
Ya...
Sikap pelajar selepas itu mmg bnyk berubah...
Alhamdullillah...dah tak de rungutan2 sy dgr...
Mereka lebih menghargai diri & rakan2...
Sifat bertanggungjawab jelas ditunjukkan dlm setiap tugasn yg dijalankan....

Alhamdulillah...sumbangan makanan tidak pernah putus ...
Setiap hari, akan ada dermawan yang memberi makanan @ sayuran...
Buat Warga Kuantan, Pahang & Rakyat Malaysia diluar sana...
Sebarang bantuan seperti bantal, tilam, cadar amat2 dialu-alukan...


Sekian...














No comments:

Post a Comment