Salam semua! Semoga anda semua sentiasa sihat walafiat hendaknya :)
Topik hari ini memang PANAS! PANAS! PANAS!
Cuba anda lihat Keratan Akhabar berikut.
Sebenarnya isu Jeli Kulit Babi ini sudah lama sebenarnya.
Akhbar Harian Metro Keluaran Rabu 14 November 2012 jam 3.14 petang ini mengisahkan Jeli dan gula-gula getah import yang menjadi kegemaran kanak-kanak di Malaysia yang tidak mempunyai logo halal.
Apa yang mengejutkan, sumber utama pembuatan jeli ini adalah daripada kulit babi atau lebih dikenali sebagai gelatin (porcine).
Menurut Prof. Abdul Karim Alias dari Universiti Sains Malaysia (USM),
dalam perbentangan kajiannya yang bertajuk Update on Current Research on Gelatin Alternatives, 90% gelatin dunia adalah tidak halal.
Nanti dahulu.
Apakah kaitan gelatin dengan pembelajaran sepanjang hayat?
Jangan risau pembaca sekalian, saya akan terangkan dengan lebih jelas sebentar lagi.
Sebelum itu, mari kita lihat dibawah ini.
Pernahkah anda mendengar kata-kata ini?
Walaupun kata-kata ini bukan hadith, namun maksudnya adalah baik dan memberi erti yang sungguh mendalam.
Jika dilihat secara mutashabihat, terdapat perkaitan kata-kata ini dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan saluran pembelajaran sepanjang hidup utama bagi seseorang individu, sehaluan dengan sistem pendidikan negara dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, prauniversiti dan seterusnya pengajian tinggi. Malah PSH merupakan tonggak ketiga dalam pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain daripada pendidikan asas dan pendidikan tertiari Negara.
Bagaimana?
Masih tidak Nampak perkaitan gelatin dengan Pembelajaran Sepanjang Hayat?
Biar saya terangkan berdasarkan Carta Alir berikut:
Sebagai umat Islam yang PEKA, Apakah yang perlu kita lakukan?
Sebenarnya, melalui sifat Peka inilah bermulanya Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
Ingin saya kongsikan bersama pembaca, perjalanan ringkas pembelajaran sepanjang hayat saya. m(^_^)m
Inovasi penghasilan gelatin organik daripada kaki ayam
Antara punca saya mencari alternatif bagi gelatin.

Fungsi gelatin dalam produk makanan
Antara produk konfeksionari yang mengandungi gelatin
Sumber: 123rf.com
Bibliografi
1)
Hayatudin ,H.2005.More Effort Needed to Produce Halal Medicinal Products
.The Halal Journal
–The online journal of the global halal market.
2)
Herbert Gareis; ReinhardSchrieber (2007). Gelatine
Handbook: Theory and Industrial Practice. Weinheim: Wiley-VCH. ISBN 3-527-31548-9
3)
International Food Research Journal 16:
381-389 (2009). Irwandi, J., 2Faridayanti, S., 1Mohamed, E. S. M., 1Hamzah, M.
S., 2Torla, H. H. and 3Che Man, Y. B.
4)
komate Rammaya1 Ying1 and Abdul
Salam Babji1, Voon Qi National
University of Malaysia, Malaysia. International Journal ofFood, Nutrition &
PublicHealthVol. 5 No. 1/2/3, 2012.
5)
Mohd Nazri Abdul Rahman &Shariffah Azzainurfina
Syed Khair Azlan Jamalulail School of Food Science and Nutrition, Universiti
Malaysia Sabah ,Jalan UMS, 88400 Kota
Kinabalu, Sabah, Malaysia.
6)
Nik Aisyah et al. 2014
Health and the Environment Journal, 2014, Vol 5, No 1. Nik Aisyah NM, Nurul H,
Azhar ME and Fazilah A Fish and Meat Processing Laboratory, Food Technology
Programme, School of Industrial Technology, Universiti Sains Malaysia,Minden,
11800, Penang, Malaysia.











